(Artikel yg. berikut telah disiarkan dalam akhbar KONSEP ERA PAKATAN Edisi 11 1-15/11/09 m/s 10 Bahagian Rencana. Berikut adalah tulisan penuh tanpa suntingan)
PROSIDING 8 MAHASISWA – BUKTI BN DOUBLE STANDARD
Insiden 8 mahasiswa Universiti Malaya yang telah dikenakan tindakan tatatertib semata-mata mengundang pihak luar berjawatan politik dalam aktiviti kampus mereka ternyata mengecewakan dan akan menguji sejauh mana konsep 1Malaysia tawaran Perdana Menteri Najib Razak mesra mahasiswa. Disabitkan tindakan Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) dibawah AUKU, jika didapati bersalah mahasiswa berkenaan boleh dikenakan tindakan antaranya amaran keras, denda tidak melebihi RM 200 ratus serta digantung atau dipecat daripada universiti.
Kepercayaan akan menjadi kayu ukur terhadap ketelusan kerajaan pimpinan BN dimana jika keputusan prosiding memihak pada kekangan birokrasi AUKU 1971, sememang-memangnya demokrasi versi Najib Razak semasa ucapan beliau sebagai Perdana Menteri dan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2009 boleh dikategorikan sebagai perulangan kosmetik.
Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr. Muhd. Nur Manuty, dalam temubual bersama KEP mengkritik tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya sebagai amat memalukan. Minda pelajar universiti seakan cuba dipecah – pecahkan setelah tidak dapat disatukan secara rela dalam gagasan 1Malaysia sepertimana dikehendaki. Sekali lagi universiti menjadi alat pro–establishment yang tidak adil. Menurut mantan Presiden ABIM dan tokoh pemikir ini lagi, adalah mengecewakan Malaysia masih berada di paras sebegini teruk berbanding universiti di negara jiran ASEAN lain seperti Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan India yang tidak menyekat pergerakan pelajar.
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) pula turut mempersoalkan integriti dan ketelusan prosiding tersebut. Beliau hairan mengapa dakwaan terhadap pihak tertuduh (8 Mahasiswa) berterusan berubah-ubah (sehingga artikel ini ditulis masih belum ada sebarang dakwaan dikemukakan terhadap mangsa birokrasi universiti itu).
Dalam usaha pembelaan terhadap mangsa penindasan 8 mahasiswa terutama dalam senario tindakan dan polisi pihak pentadbiran universiti kebelakangan ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) telah menyerah memorandum MAHASISWA TUNTUT DEMOKRASI KAMPUS ADIL & TELUS kepada Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah di Parlimen 19 Oktober lalu.
Memorandum tersebut antaranya menuntut dibatalkan semua tuduhan dan tindakan tatatertib terhadap 8 mahasiswa terbabit serta-merta dan tanpa sebarang syarat, menghormati autonomi mahasiwa dalam mengadakan aktiviti dan menghentikan penindasan, menghormati kebebasan bersuara mahasiswa sebagaimana semangat Artikel 19 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia.
Akhbar KEP yang turut bersama para perwakilan mahasiswa juga menyokong antara hujah utama persoalan mengapa berlakunya seakan sikap pilih kasih dan double standard di pihak pentadbiran universiti (dalam kasus ini Universiti Malaya) mengenakan tindakan disiplin terhadap 8 pelajar kononnya melanggar AUKU. Adalah menghairankan bagaimana dan dimana kesalahan menjemput seorang exco kerajaan negeri (YB Teresa Kok) dan setiausaha politik Menteri Besar Selangor (YB Nik Nazmi Nik Ahmad) yang antaranya melancarkan sebuah program berbentuk forum ilmiah isu semasa dianggap politically dangerous. Sebaliknya tiada tindakan disiplin apabila banyak aktiviti yang membabitkan kakitangan kerajaan dan ahli politik pro-BN dianjurkan di premis universiti-universiti selama ini.
Terbukti AUKU masih beku dan tetap mengikat kebolehan sebenar pelajar pengajian kerana berterusan prejudis pada aktivitisme kampus. Pindaan terbaru (Febuari 2009) masih nyata melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau simpati terbuka kepada mana-mana pihak yang berkait dengan politik walau dalam isu yang jelas tidak berpihak dan dilakukan dalam kerangka diskusi ilmiah-akademik.
Mahasiswa terus dianaktirikan persepsi intelek, diperlekehkan kejujuran non-partisan mereka. Dinamika kepimpinan pelajar dihalang dari berkembang apabila kepercayaan terhadap kebebasan bertindak dan kewibawaan decision making warga kampus dinafikan. Walaupun begitu, penulis melahirkan simpati juga sekaligus mengucapkan tahniah kepada perwakilan mahasiswa kerana berani dan berprinsip dalam sebuah lagi episod hitam demokrasi kampus seperti insiden kezaliman birokrasi 8 mahasiswa ini.
Kesimpulannya, AUKU masih berjaya dengan fungsinya mengekang proses kematangan intelek mahasiswa. Sememangnya sah transformasi demokrasi era 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak suatu retorik.
komited-tulus-perkasa
ROZAN AZEN MAT RASIP
Penulis adalah graduan UIAM ijazah Sains Politik. Kini aktivis politik sepenuh masa. Diamanahkan jawatan Ketua AMK Cabang BATU dan Naib Ketua AMK WP.
Wednesday, November 11, 2009
Anwar Bebas Dari Tuduhan Mempunyai "Slush Fund" dan Tuduhan Agen Asing
Bekas Pengarah BPR hari ini melaporkan bahawa siasat BPR di Singapura dan UK menunjukkan Anwar Ibrahim tiada akaun bank bernilai RM3billion serta tiada hubungan dengan negara asing.
Tuduhan ini adalah berkaitan dengan afidavit yang dibuat oleh Dato Murad, bekas Penolong Gabenor Bank Negara terhadap Anwar Ibrahim.
Ini bermakna tuduhan Anwar agen asing yang kita dengar selama ini adalh fitnah dan bohong dari UMNO semata-mata. Allah SWT Maha Adil telah mendedahkan kepada kita kebenaran hari ini.
ACA had cleared Anwar of 'RM3 bil bank account'
Nov 11, 09 12:22pm
Former ACA director of investigations Abdul Razak Idris told the High Court today he had cleared Anwar Ibrahim of allegations of stashing RM3 billion in foreign accounts and having foreign links to Western interests.
Abdul Razak, 60, who is now retired but a director of several companies, said ACA had investigated the matter following allegations made in a statutory declaration by former assistant governor of Bank Negara Abdul Murad Khalid.
anwar sodomy 2 duta court hearing pkr leaders 080709 13He said a team of ACA officers went to Singapore and United Kingdom to probe the allegations.
"We went to meet Murad and several British witnesses. But the investigations resulted in 'No case' against Anwar pertaining to allegations made in Murad's statutory declaration."
"Further, I concluded that the allegations contained in the SD (statutory declaration) were baseless and unsustainable, and I consequently ordered that the investigations be closed."
Murad signed the statutory declaration on Oct 29, 1999 - about one month after Anwar was arrested following his sacking as deputy prime minister in early September that year.
Abdul Razak then submitted his own statutory declaration on the matter and tendered it in court.
The former top ACA investigator was testifying in a RM100 million defamation suit by Anwar against New Straits Times Press (M) Bhd and its former group editor-in-chief, Abdullah Ahmad.
The alleged defamatory article, 'Anwar's link to US lobbyist', was published on March 2, 2002

Statement by Ms. Jayanthi L.G Naidu, former secretary of Datuk VK Lingam

10 November 2009
I had heard in the media the announcement by Datuk Seri Nazri Aziz that the MACC had cleared Datuk VK Lingam and Tun Eusoff Chin of any wrong doing or corruption, I also read that the MACC had closed the case on the investigation into the New Zealand holiday taken together by Datuk VK Lingam and Tun Eusoff Chin in 1994 because they could not locate a key witness.
As for the inability to locate a key witness as alleged, I have been contactable at all times. The ACA/MACC officers have at all times been able to contact me earlier for my statements. After the press announcement by Datuk Seri Nazri Aziz reported on 23.10.09, I called the MACC and asked who was the key witness that they were looking for. They were unable to answer me.
I gave a full statement in 1998 regarding this New Zealand trip to the former ACA ( now the MACC ), some of which I repeated in the Royal Commission proceedings. After the Royal Commission proceedings, I gave another statement to the MACC in the presence of my lawyer En Amer Hamzah Arshad. Amongst the matters I told the ACA/,MACC and the Royal Commission were that VK Lingam and Eusoff Chin and families’ holiday trip to New Zealand in 1994 was planned and paid for by VK Lingam. On the instruction of VK Lingam, I had assisted to book and pay for their air tickets in accordance with their itinerary. The documents and holiday photographs have all been given to the ACA and the Royal Commission.
In my evidence before the Royal Commission, I also described how the judgment delivered by Datuk Mohktar Sidin in the Vincent Tan v MGG Pillai libel case was written in the office of VK Lingam. I was amongst the various staff present in the office assisting in the process by photostating and looking for the cases. The written draft judgment with corrections in VK Lingam’s handwriting and other related documents was given to the Royal Commission and ACA.
I am also aware of a few other incidents in VK Lingam’s office where VK Lingam (and other lawyers) have also written or assisted the writing of draft judgments which included such cases like Ayer Molek where he also appeared as counsel for one of the parties. I was aware that the judgments were being drafted as I was present in the office but not assisting directly.
On the instructions of VK Lingam, I have at least on three occasions withdrawn large sums of money (accompanied by a bodyguard) between RM100,000 to RM300,000 which I then wrapped in gift boxes with the understanding that they were to be hand delivered by others to individual judges. On one occasion, I saw one of these money boxes being placed together with a box containing a cake to be delivered to a judge.
I also told the Royal Commission that in 1998 after I had given my statement, the ACA officers told me then that they could not proceed with the case because it involved top government people.

Sunday, November 8, 2009
AMKWP KETUAI KEMPEN PENERANGAN GERAKAN KES ANWAR IBRAHIM
Mesyuarat MPP AMK Pusat hari bersetuju melantik Sdr Haji Md Zaman & Sdr Rahman exco MPP AMK mengetuai kempen mobilisasi gerakan Kes DSAI bagi memastikan penerangan ke akar umbi dapat disampaikan. Penerangan ini sangat penting bagi mengatasi propanganda BN mensensasikan kes Anwar di putar belitkan dan cubaan menjatuhkan kredebiliti Pemimpin PKR di mata awam.
AMK Wilayah akan merangka strategi & kaedah yang berkesan bagi memperjelaskan kepada rakyat serta memperbetulakan persepsi yang tidak benar. Tumpuan sepenuhnya akan diberikan semasa perjalanan mahkamah kes Anwar ibrahim serta gerakan mobilisasi dilakukan terutama di kalangan AMK dan orang muda. Kepercayaan pengundi harus diyakini supaya tidak timbul persoalan yang tidak masuk akal dimanupulasikan oleh pihak tertentu.
Kempen ini juga akan turut dimasukan kes Keadilan unuk Tian Chua bagi melebarkan peranan gerakan ini. Gerakan ini akan melibatkan serta fokus kepada AMK negeri Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan iaitu negeri hampir dengan Kuala Lumpur. Walaubagaipun penerangan ini akan dipanjangkan kepada semua negeri lain supaya info2 berkaitan sampai ke pengetahuan seluruah AMK. Satu JK Khas akan dibentuk secepat mungkin sebelum kes DSAI disebut akan datang.

Sunday, November 1, 2009
TINDAKAN BADRUL MENCERMINKAN KEGAGALANNYA MENJADI WAKIL RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB
AMK Wilayah menyifatkan tindakan YB Badrul keluar dari PKR dan mengistiharkan diri wakil rakyat bebas mencermimkan kegagalannya menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab terhadap rakyat negeri selangor. Tindakan beliau keluar PKR bukan bermakna rakyat sudah tidak menyokong Pakatan Rakyat , ini adalah tindakan peribadinya yang sudah tidak mampu mengikut agenda perubahan negeri selangor bertemakan “ Merakyatkan ekonomi Selangor atau MES “
Selangor kini dibawah pimpinan TS Khalid semakin mendapat perhatian rakyat. Banyak perubahan besar yang dilakukan oleh kerajaan selangor, kini rakyat selangor menikmati kemudahan diluar jangkaan seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ,Bekalan Air Percuma bagi 20m3 ,Hadiah Anak Masuk Universiti , Mesra Usia Emas , Program peningkatan hasil daripada bahan batuan dan mineral ,Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang. Semua program ini memerlukan seorang wakil rakyat benar benar komited pada tugas yang diamanahkan. Badrul tidak mampu memikul tugas ini dan beliau mencari pelbagai alasan untuk menutup kelemahan kepimpinannya.
Tindakan wajar adalah meletak jawatan dan menyerahkan semula pada rakyat. Rakyat Malaysia kini sudah matang dalam berpolitik tidak mudah ditipu lagi, pengalaman bersama kerajaan BN yang yang lepas sudah cukup memberi pengajaran pada rakyat. Kini masyarakat di selangor marah dangan tindakannya yang mengkhianati amanah yang diberikan. Sepatutnya jangan biarkan rakyat dalam keadaan tidak temteram atas tindakan peribadi pemimpin tersebut yang mengundang pelbagai masalah. Krisis di perak Pakatan Rakyat sepakat membuat keputusan “ Bubarkan Dun Perak “ supaya segala kekusutan tidak timbul lagi angkara pemimpin yang tidak bermaruah. Sehingga hari ini Zamri & BN tidak berani bubarkan Dun sebab mereka sudah tahu mood sekarang tidak menyebelahi mereka dan akhirnya BN akan terus merumdum.
Mengulas BN akan bantu masyarakat Port Klang, Semua parti berhak membantu rakyat sebab ianya adalah tanggungjawab semua parti yang berminat mentadbir dun & Parlimen. Kita tidak berasa hairan & pelek kalau BN mahu bantu masyarakat tersebut. Ianya satu persaingan yang baik supaya rakyat dapat menilai sendiri melalui khidmat yang diberikan.
Di Wilayah persekutuan saya juga banyak berbincang dengan TS Khalid semasa menjadi Pengerusi perhubungan Wilayah dalam mesyuarat negeri bagi merancang masa depan masyarakat wilayah sekirannya kita berjaya megambilalih pentadbiran wilayah. Kita tahu hasil pungutan cukai di wilayah jumlahnya sangat besar dan masyarakat wilayah wajar menerima faedah hasil pungutan cukai mesti dipulangkan kepada rakyat bukan projek2 yang menguntungkan sesetengah pihak. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi di wilayah persekutuan. Lihat sahaja di Selangor tidak membebankan rakyat selangor malah TS Khalid & pemimpin negeri sentiasa mencari idea menyenangkan rakyat selangor untuk mengurangkan lagi kos sara hidup di selangor. BN sangat bimbang dengan prestasi baik Pakatan Rakyat di selangor takut tidak mampu mencontohi kerajaan Pakatan Rakyat.

Friday, October 30, 2009
Kenyataan Media Presiden PKR.
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 29 Oktober 2009
Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.
Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.
Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.
Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.
Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.
Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, October 28, 2009
PERHIMPUNAN MENEGAK KEADILAN UNTUK TIAN CHUA
KEMPEN MENEGAK KEADILAN UNTUK TIAN CHUA
SEBARKAN
KEMPEN KEADILAN UNTUK YB TIAN CHUA
JOM SEMUA
Rabu / 28 Oktober 2009
JAM 6 PETANG
TMN. BATU METROPOLITAN PARK (Pusat Riadah/Jogging Track)
PERHIMPUNAN MENEGAK KEADILAN UNTUK TIAN CHUA
Datang beramai- ramai berikan sokongan !
Keterangan Lanjut -
Sila hubungi Sdr. Danny 013 209 6862
komited-tulus-perkasa
AMK BATU-AMK BATU-AMK BATU

Strategi terbaru Pakatan Rakyat Perkukuh Kedudukan
Kontrak setia selama 20 tahun antara pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR) dianggap kena pada masanya bagi memperkemaskan langkah pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution.
Katanya, merujuk kepada situasi semasa dalaman PR, pemimpin parti komponen perlu berganding bahu dan amat munasabah kontrak setia itu direalisasikan.
“Sebagai sorang ahli politik yang cukup senior dan berpengalaman, pandangan Lim Kit Siang itu sudah tentu mempunyai asasnya.
“Semua pimpinan pakatan peringkat perlu melakukan refleksi dalaman untuk memperkemaskan PR dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya di lobi Parlimen, semalam.
Menurutnya, pandangan dan teguran itu sebagai satu perkara yang perlu dilaksanakan dengan baik seiring dengan kematangan berpolitik.
“Politik sekarang memerlukan kemahiran diplomasi bukannya konfrontasi yang berterusan dan politik berasaskan ilmu pengetahuan. Jadi teguran itu perlu dilaksanakan,” katanya.
Menjawab persoalan mengenai tempoh masa 20 tahun yang menjadi sasaran untuk perubahan itu, Saifuddin berkata, tempoh terbabit satu tempoh yang cukup matang bagi PR.
“Itu sekadar satu ‘time frame’ yang diletakkan untuk menyukat sama ada objektif kita itu kesampaian. Dalam penentuan matlamat kita mestilah mengikat dengan satu tempoh,” katanya.
Kelmarin Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan agar komponen PR berikrar taat setia selama 20 tahun bagi menjayakan prinsip kerjasama dan disiplin antara pemimpin.
Beliau berkata, langkah itu penting berikutan PR kehilangan sokongan rakyat begitu ketara terutama selepas kekalahan calon Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Thursday, October 22, 2009
Laporan Audit dedah penyelewengan BN
KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan audit yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara baru-baru ini, jelas menunjukkan negeri-negeri yang ditadbir PR jauh lebih baik daripada yang diperintah Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, Selangor dan Pulau Pinang menunjukkan laporan positif dari segi pengurusan kewangan dan ini menjadi bukti pentadbiran PR telus di negeri bawah pemerintahan mereka.
“Kita bangga kerana laporan ini memberi petunjuk bahawa negeri di bawah pemerintahan BN penuh dengan penyelewengan, berbanding negeri di bawah PR,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.
Katanya, PR akan menubuhkan pasukan untuk meneliti laporan audit itu sebelum mengambil langkah seterusnya.
“Kita telah bermesyuarat dua hari lepas dengan semua Ahli Parlimen PR dan seperti kenyataan pemimpin PR semalam (kelmarin), kita akan ambil langkah seterusnya,” katanya.
Kelmarin, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Phua, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes penyalahgunaan peruntukan seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.
Sementara itu, mengulas kenyataan Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang mengatakan bekas Setiausaha Politik seorang Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, mungkin dicekik sebelum jatuh, Anwar menegaskan kenyataan itu berdasarkan fakta dan bukan isu politik.
Katanya, kenyataan tersebut tidak boleh diperlekehkan kerana beliau adalah pakar forensik terkemuka di Asia dan kenyataan tersebut berdasarkan kajian yang mendalam mengenai kes kematian tersebut.
“Saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang wajar dan adil berkenaan inkues kematian ini. Saya juga berasa dukacita kepada keluarga mendiang kerana isu ini terus membelenggu mereka,” katanya.
Semalam, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Beng Hock dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

"80 peratus kemungkinan Beng Hock dibunuh"
SHAH ALAM - Pakar Patologi dari Thailand, Dr Khunying Porntip Rojanasunan memberitahu inkues, terdapat 80 peratus kemungkinan dibunuh (homisid) berbanding 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian Teoh Beng Hock.
Pada masa sama, Porntip, 54, berpendapat Beng Hock telah mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati di Tingkat 5, Bangunan Plaza Masalam, di sini, 16 Julai lalu.
Selain menjadi Pakar Patologi, Porntip yang berpengalaman selama 27 tahun dalam bidang sains forensik juga merupakan Pengarah Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian kehakiman Thailand.
Beliau diminta oleh Kerajaan Selangor untuk memberi keterangan dalam inkues kematian setiausaha politik itu di Mahkamah Koroner di sini, semalam.
Pakar itu menyediakan laporannya berdasarkan gambar-gambar bedah siasat yang diberikan serta laporan autopsi oleh dua pakar patologi sebelum ini, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.
Berdasarkan laporannya Porntip berkata, kecederaan tusukan di bahagian dubur, kesan luka di paha dan lebam akibat cekikan di leher Beng Hock adalah tidak konsisten dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi.
“Saya dapati kecederaan di bahagian dubur boleh disebabkan tusukan objek. Saya tidak pernah melihat kecederaan seperti ini dalam kes jatuh dari tempat tinggi,” kata Porntip.
Selain itu pakar tersebut memberitahu, kesan luka pada paha Beng Hock juga berkemungkinan akibat disebat.
Beliau berkata, hasil daripada gambar bedah siasat yang diperiksanya, terdapat kesan lebam di bahagian kanan leher dipanggil ‘handle bruise’ yang berkemungkinan disebabkan cekikan.
Menurut penyelidikannya, terdapat juga kecederaan pada tempurung kepala Beng Hock berkemungkinan disebabkan pukulan dengan objek tumpul yang tidak sejajar dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.
Ketika disoal peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar mengenai bagaimana Beng Hock mendarat jatuh, saksi itu berkata, Beng Hock berkemungkinan tidak sedar diri sewaktu jatuh.
Menurutnya ia berdasarkan tiada kecederaan reaksi pada badan, luka sebelum jatuh itu serta kecederaan teruk pada dada si mati akibat impak primari di lantai.
Pada prosiding petang pula, ketika menjawab soalan peguam kerajaan, Tan Hock Chuan mengenai laporannya itu, beliau berkata tidak menerima (dibekalkan) laporan-laporan tersebut selengkapnya termasuk laporan toksikologi dan DNA.
Ketika menjelaskan kepada Hock Chuan mengenai kesan lebam seperti dicekik pada leher Beng Hock, pakar itu berkata, amat sukar untuk beliau membayangkan sama ada cekikan tersebut daripada sebelah atau dua tangan kerana tidak melihat gambar lengkap.:
Menjawab soalan Hock Chuan seterusnya mengenai teori keadaan Beng Hock ketika jatuh, beliau tidak menolak kemungkinan Beng Hock masih hidup ketika jatuh berdasarkan material dan turut bersetuju dengan teori sebelum ini bahawa Beng Hock mendarat dengan kaki dan kemudian jatuh ke kanan.
Porntip yang berpengalaman menjalankan lebih 10,000 bedah siasat itu ketika ditanya oleh peguam mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo, menyatakan beliau bersedia melakukan bedah siasat kedua jika diberi peluang.
Katanya, bedah siasat masih boleh dibuat walaupun setelah tiga bulan kematian Beng Hock.
Menurutnya, bedah siasat kedua itu akan memberi rumusan yang lebih baik mengenai punca kematian Beng Hock.
Prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas bersambung 9 November depan.

Tuesday, October 20, 2009
KENYATAAN MEDIA AMK; Hari Malaysia Cuti Umum Merupakan Hasil Perjuangan Rakyat
Angkatan Muda Keadilan
19 Oktober 2009
Hari Malaysia Cuti Umum Merupakan Hasil Perjuangan Rakyat!
AMK mengucapkan tahniah atas kejayaan rakyat menjadikan 16hb September diisytihar oleh kerajaan sebagai “Hari Malaysia” serta cuti umum. Ini merupakan hasil tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac yang lalu. Usaha gigih daripada semua pihak khasnya Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan Hari Malaysia telah menampak hasil.
Pada hakikatnya, masyarakat sivil serta NGO telah lama memperjungkan kepentingan 16 September untuk membangunkan negara kita tanpa kira bangsa, budaya dan agama. Malangnya, selepas 46 tahun barulah Kerajaan Persekutuan mengakui Hari Malaysia dan mengumumkannya sebagai cuti umum.
AMK menekankan bahawa 16 September menjadi cuti umum merupakan hadiah keberanian rakyat dalam memperkuatkan Pakatan Rakyat khasnya dalam usaha menolak gejala rasuah dan politik perkauman. Sistem dua parti yang baru dibentuk telah memberi persaingan dan tekanan kepada parti politik terutamanya Barisan Nasional untuk mentadbir dengan lebih ikhlas dan telus.
AMK juga berpendapat bahawa keputusan Najib menjadikan Hari Malaysia sebagai cuti umum adalah bertujuan untuk balik ke jalan tengah serta kesederhanaan. Beliau berharap pandangan masyarakat umum terhadap UMNO akan berubah dan mula menerimanya.
Namun demikian, sekiranya Dasar Ekonomi Baru yang penuh dengan rasuah, dasar bahasa yang sempit serta politik perkauman yang masih berleluasa di Malaysia, maka usaha Perdana Menteri untuk menonjolkan keterbukaan UMNO untuk masyarakat umum hanya merupakan hiasan sahaja. Semangat Hari Malaysia tidak akan tercapai!
Oleh itu, AMK berpendapat bahawa pentingnya nilai-nilai sedunia seperti demokrasi, kebebasan serta hak asasi manusia menjadi teras negara Malaysia. Maka rakyat akan menjadi tuan ke atas tanahair Malaysia!
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan

Press Release: Clarifications on PKR, Sabah, Azmin Ali and Zaid Ibrahim.
PRESS RELEASE
19 OCTOBER 2009
Clarifications on alleged discord in Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabah, Azmin Ali and Zaid Ibrahim
In light of the exaggerated, slanted and half truth reporting in both the mainstream and new media on alleged serious discord in PKR on Sabah, Azmin Ali and Zaid Ibrahim arising from last Tuesday’s political bureau meeting, PKR wishes to clarify on some of the issues raised although these meetings are usually confidential.
Whilst it is true that there are some disagreements within the party on several issues including on the restructuring of PKR leadership in Sabah, it cannot be overemphasized that these are the usual disagreements within the party (as is normal in any worthy political party) and not anything so fundamental and serious to warrant the sort of press that it had undeservedly generated.
The purported heated political bureau meeting was actually quite uneventful. Both Azmin Ali and Mustafa Kamil were asked to report on the situation in Sabah and Sarawak where they have respectively been appointed to lead the Majlis Perhubungan Negeri (State Liaison Council) in order to assist in the states’ leadership restructuring and in representing the Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
During the meeting, PKR Sabah did not hand over any memorandum of protest, Azmin did not throw any tantrum, nor was there any power tussle between Zaid and Azmin as reported. It is sufficient to state at this point that the PKR Sabah leadership is being restructured and is an ongoing process that will of course attract differences of opinions.
The only highlight of the meeting was about Gabriel Adit, Adun of Ngameh, Sarawak and his impending resignation from PKR and plan to form another party.
The political bureau meeting is a regular meeting held weekly among the top leaders to discuss many agenda including regular matters like situation reports on Sabah and Sarawak and urgent matters like Gabriel Adit.
As for Zaid taking leave from the political bureau and the MPP, this as explained by Zaid was merely to enable him to concentrate fully on drafting Pakatan Rakyat’s all important Common Policy Framework that will take the opposition coalition to the next level in challenging the BN as the Government of the Day.
Zaid it must be emphasized has not left PKR and is still a PKR leader, a valuable asset and committed to the various party activities as can be seen in his upcoming schedules.
Released by:
Latheefa Koya
Information Chief of PKR

Saturday, October 17, 2009
Salam Deepavali Dari AMKWP.
Seluruh warga Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan (AMKWP) mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua warga kota yang menyambutnya.
Semoga Deepavali kali ini disambut dengan penuh meriah dan kegembiraan. AMKWP juga berharap agar hubungan baik semua kaum dalam pakatan rakyat dapat dikekalkan dan diperkukuhkan lagi.
Salam Deepavali dari pimpinan dan ahli AMKWP.

Friday, October 16, 2009
AMKWP MENJEMPUT SEMUA KE RUMAH TERBUKA PKR WILAYAH

AMK Wilayah dengan sukacitanya menjemput semua rakyat mengunjungi rumah terbuka PKR wilayah pada 18 oktober ahad ini.
Rumah terbuka ini memberi peluang kepada orang ramai beramah mesra dengan pimpinan perhubungan dan mengenali kami dengan lebih dekat lagi. Tan Sri Khalid ibrahim, ketua perhubungan wilayah akan turut hadir ke majlis ini bagi meraikan tetamu yang hadir. Tetamu khas Dato Seri Anwar Ibrahim akan turut hadir bersama sama pemimpin Pakatan Rakyat.
Rumah terbuka ini akan diadakan seperti di alamat dibawah :-
Rumah Terbuka PKR Wilayah Persekutuan
18 Oktober 2009 Ahad
Jam 12 Thgari to 5 Ptg
Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru.
Bersama sama kita raikan aidl fitri ini.